SELAMAT DATANG

Foto saya
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI BUAYA, 48010, RAWANG SELANGOR
E-Mail Sekolah : skbsb_bba5026@yahoo.com.my
Tel. Sekolah : 03 - 60284358
Fax. Sekolah : 03 - 60284093

PIBG


Klik Sini Untuk Download Borang Usul Dan Cadangan PIBG

Mesuarat Agung PIBG


SK Bandar Sungai Buaya   
Saturday, 27 Feb 2011  08:30  am

Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Sungai Buaya telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Sabtu (27 Feb 2011)
8.00 pagi (Pendaftaran)
Dewan Terbuka (SK Bandar Sungai Buaya)
Terima kasih kepada semua Ibubapa dan guru yang telah bersama-sama menjayakan mesyuarat tersebut tempoh hari. Semoga permuafakatan dan kerjasama antara guru-guru dan ibubapa akan berterusan bagi kepentingan anak-anak di SK Bandar Sungai Buaya.

AJK yang telah dilantik adalah seperti berikut:
Penasihat  :  En Hasim bin Saleh  (No. Tel: 019 3643 314)
Yang Dipertua: En. Mohd Izuddin bin Mohd Illias  (No. Tel: 012 2091 127)
Naib Yang Dipertua: En. Mustapha Kamal bin Kamaruddin (No. Tel: 019 341 7003)
Setiausaha: En. Mohd Fadli bin Mohamad Johari (No. Tel:  012 3729 420)
Bendahari: Pn. Sahiran bt. Safiee  (No. Tel:  012 5898 818)


AJK  (BIRO EKONOMI)
Pengerusi Biro Ekonomi:  En. Mohamad Adli bin Ibrahim
Setiausaha Biro Ekonomi: En. Mohd Nasir B. Tampol
AJK Ekonomi:  En. Wan Mohd Faizal b. Wan Yusoff
AJK Ekonomi: Pn. Nur Badariah Md Badarudin


AJK BIRO  3K (KESELAMATAN, KEINDAHAN,  KEBERSIHAN)
Pengerusi Biro 3K:  En.  Shahruzzaman b. Zulkifli
Setiausaha Biro 3K: En. Masri B. Mahmood
AJK Biro 3K:  Tn. Hj. Ayob B. Sipan


AJK (BIRO PENDIDIKAN)
Pengerusi Biro Pendidikan:  Pn. Hasni bt. Hashim
Setiausaha Biro Pendidikan: Pn. Hamidah bt. Hamdan
AJK Biro Pendidikan:  Pn. Nur Akmar Bt. Ismail

AJK (BIRO KEBAJIKAN MURID)
Pengerusi Biro Kebajikan:  Pn. Zaiton bt. Ishak
Setiausaha Biro Kebajikan: Pn. Norazma bt. Abu Hassan
AJK Biro Kebajikan:  Pn. Sa’adiah  binti Haji Shuib

Pemeriksa Kira-kira:  Tn. Haji Ayob bin Sipan





PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
AKTA PENDIDIKAN 1996
( Kaedah-kaedah Persatuan Ibu Bapa dan Guru, 1998 )

KAEDAH A : Nama dan alamat

1.      Persatuan ini diberi nama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah
Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.

2.      Alamat yang didaftar bagi persatuan ini ialah Sekolah Kebangsaan Bandar
Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

KAEDAH B

Maksud-maksud dan Tujuan-tujuan Persatuan.

1. Maksud persatuan ialah :

a)     untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.

b)     Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah Kebangsaan Bandar
Sungai Buaya. Pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.

c)     Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan
Bandar Sungai Buaya. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya, dan

d)     Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di Sekolah
Kebangsaan Bandar Sungai Buaya berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah

a)     untuk menentukan supaya murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bandar
Sungai Buaya memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.

b)     Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-
sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu, dan

c)      Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya
membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian,  keakhlakan, otak dan jasmani.

KAEDAH C

Mesyuarat akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.

KAEDAH D

1. Keanggotaan

Tiap-tiap ibu bapa dan guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya
adalah diiktiraf sebagai ahli persatuan ini.

2. Jawatan Kuasa

i) Satu Jawatan Kuasa mengandungi pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuarat
agung tahunan :

a. Yang DiPertua
b. Naib Yang Dipertua
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. 11 orang Ahli Jawatan Kuasa.
f.   2 orang pemeriksa kira-kira

ii)         Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan
pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat
agung  tahunan. Semua anggota AJK boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

iii)        Nama-nama kekosongan yang berlaku dalam Jawatan Kuasa hendaklah
            dipenuhi oleh Jawatan Kuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang akan
            memegang  jawatan hingga Mesyuarat Agung Tahunan yang kan datang.

3. Tugas-tugas Jawatan Kuasa

i)          Tugas Jawatan Kuasa ialah mengelolakan dan mengatur kegiatan-kegiatan persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.

ii)         Jawatan Kuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan 14 hari pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli.

iii)        Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga orang ahli Jawatan Kuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatan Kuasa pada bila-bila masa.

4. Tugas Jawatan Kuasa PIBG

i)          Yang DiPertua PIBGi hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agong dan
           semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan
           perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia
           menanda tangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa
           ketiadaannya Naib Yang DiPertua hendaklah memangku jawatannya.

ii)         Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan persatuan menurut
perlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatan kuasa. Ia hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat, dan menguruskan semua hal mesyuarat, dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan lain-lain rekod.Ia hendaklah menyediakan laporan unutk dibentangkan, kepada mesyuarat agung dan minit-minit yang berkenaan dengannya.

iii)        Bendahari Kehormat  adalah bertanggung jawab berkenaan hal semua kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan, dan bertanggung jawab diatas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun, kewangan sebelum satu haribulan Februari dan serahkan untuk diaudit.

KAEDAH E
Pendapatan

i)          Persatuan hendaklah menubuhkan satu kumupulan wang ke dalam mana yang
hendak dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan, dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh persatuan secara telus.

KAEDAH F

Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan

i)          Kuasa untuk membelanjakan wang persatuan ialah Jawatan Kuasa Persatuan
dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan.

ii)         Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama persatuan.

iii)        Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari Akaun Persatuan hendaklah di tanda tangani bersama oleh Bendahari, Pengerusi dan Setiausaha

iv)        Tahun kewangan persatuan ialah 1hb. Januari hingga 31 hb. Disember.

KAEDAH G
Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan.

i)          Akaun persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak  menjadi ahi Jawatan Kuasa dan mereka hendaklah dicalon oleh ahli-ahli persatuan dalam mesyuarat agung tahunan.

ii)         Penyata kira-kira yang telah diaudit berserta salinan penyata akaun bank hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan.

iii)        Satu salinan penyata kira-kira yang telah di odit dan diluluskan oleh mesyuarat
agung tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah, Negeri.

KAEDAH H
Kuoram
i)          Koram bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada 45 orang ahli
(Bilangannya mestilah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa).

ii)         Koram bagi mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa (11 orang).


KAEDAH I

Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar

i)          Kuasa persatuan hendaklah terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.

ii)         Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum
akhir bulan Mei.

iii)        Suatu Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan :

a. Apabila difikirkan perlu oleh Jawatan Kuasa.
b. Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 30 orang ahli persatuan
    dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
    penerimaan permintaan tersebut.

iv)        sekurang-kurangnya 14 hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk
mengadakan mesyuarat agung tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh hari notis
bertulis bagi mesyuarat agung tergempar.

v)         Urusan mesyuarat agung tahunan ialah menerima laporan Jawatan Kuasa dan
Penyata kira-kira yang telah diodit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh
kemajuan dan kebajikan persatuan.

vi)        Urusan mesyuarat agung tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksud
mesyuarat itu diadakan.

KAEDAH J

Pindaan Perlembagaan Persatuan

i)          Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung tahunan. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah, Negeri.

KAEDAH K
Harta dan Amanah

i)          Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk mempunyai, mengguna dan
melupuskan apa-apa harta alih atau harta alih yang mana pada pendapatnya dikirakan memudahkan ia menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.

ii)         Empat orang pemegang amanah hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan
dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada
mereka akan diamanahkan semua harta tak alih kepunyaan persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatan Kuasa.

iii)        Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar harta
kepunyaan persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.

iv)        Seseorang pemegang amanah boleh dilucutkan dari jawatannya oleh Jawatan
Kuasa oleh sebab uzur kerana penyakit tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain-lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, letakkan jawatan ataupembuangan bagi seseorang pemegang amanah sebelum mesyuarat agung tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatan Kuasa sehingga pemegang amanah yang baharu dilantik di dalam mesyuarat agung.

v)         Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut perlembagaan ini, berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamat.

KAEDAH L

Larangan

i)          Persatuan  tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.

ii)         Persatuan tidak boleh menjadi instrumen bagi menyelesaikan pertikaian atau
perkara-perkara lain yang bersangkutan di antara persatuan dan Guru Besar /
Pengetua atau kakitangan sekolah atau Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

KAEDAH M

Taksiran

i)          Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai taksiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat Jawatan Kuasa. Keputusan Jawatan Kuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad.


KAEDAH N

Pembubaran

i)          Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar Sekolah, Negeri. Segala harta alih atau tak alih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan kelulusan Pendaftar Seko lah, Negeri.



PERMUAFAKAN  PIBG  : 
MENUJU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
(PADA KACA MATA MENTERI PELAJARAN MALAYSIA)
Sekolah adalah  merupakan sebuah organisasi yang berada di dalam sebuah komuniti. Permuafakatan sering dianggap sebagai satu wadah di mana pergabungan komuniti dalam sesuatu program sekolah yang dijalankan sedangkan konsep permuafakatan boleh diperkembangkan lebih luas dan mendalam. Kegemilangan sesebuah sekolah memerlukan sebuah program permuafakatan yang lebih terancang dan tersusun. Program yang dirancang bukan hanya meletakkan ahli komuniti dalam program sekolah tetapi meletakkan sekolah dalam program yang dijalankan dalam komuniti itu sendiri.  Komuniti di sini didefinisikan sebagai setiap badan, institusi dan anggota masyarakat dalam  komuniti tersebut.

Kegemilangan sesebuah sekolah bukanlah lahir secara tidak sengaja tetapi merupakan satu perancangan yang begitu teratur dan strategik. Pihak pengurusan berjaya membawa sekolah dalam keadaan perancangan yang terancang, kondusif dan efektif. Sekolah yang gemilang adalah merupakan sekolah yang bukan hanya mempunyai prasarana yang menarik tetapi dapat menghasilkan atau mengeluarkan insan yang gemilang dan berketerampilan. Pada asasnya sekolah gemilang boleh dimengertikan sebagai:

"A high performing school, through its well-established system promote the 
highest academic anda other achievements for the maximum number
of students regardless of its socio-economic background of families”
                                                                     (Peter Mortimore, 1996)

Bagi menghasilkan semua ini perancangan yang dibuat haruslah melibatkan kesemua ahli masyarakat, persekeliling dan individu itu sendiri.  Individu, pelajar atau sekolah itu sendiri tidak boleh bergerak maju tanpa bantuan setiap individu yang ada di persekitarannya. Permuafakan yang diertikan dengan maksudnya di sini bukan hanya untuk bersetuju dalam membuat keputusan tetapi lebih daripada itu. Ia haruslah memainkan peranan yang lebih besar dan berkesan. Setiap warga yang wujud di komuniti tersebut mestilah merasakan pertanggungjawaban mengenai pendidikan dan kemajuan sekolah itu sendiri.

ANTARA PROJEK YANG BOLEH DIRANCANG OLEH PIBG

AKTIVITI & PROJEK PIBG
JANGKAAN PELAKSANAAN
MATLAMAT

Perjumpaan Ibu bapa dan Guru
Januari 2011
Memperbaiki kelemahan murid dan memupuk potensi murid.
Membeli kerusi plastik untuk kegunaan majlis rasmi sekolah.
Julai 2011
Memastikan semua jemputan dan tetamu mempunyai tempat duduk yang mencukupi.
Menaikkan sumbangan PIBG daripada RM20 kepada RM35 untuk tahun 2012.
Januari 2012
Menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah dengan lebih lancar.
Murid lelaki di sesi petang diberi peluang mendirikan Solat Jumaat
Mulai  April 2011
Sesi persekolahan sesi petang bermula 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Selangkah ke tahun 6
November 2011

Meningkatkan prestasi UPSR untuk tahun 2012.
Lawatan Sambil Belajar Untuk Kegemilangan Sekolah
Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa Kuala Lumpur (SBT) terpaksa dibatalkan kerana peristiwa Demonstrasi Bersih demi keselamatan.
Menjadikan Sekolah Berprestasi Tinggi sebagai Benchmarking.
Membina laluan berbumbung  (covered linkway) dan ruang menurun & mengambil pelajar di kawasan hadapan pintu masuk utama SKBSB.
Mac 2012
Mengelakkan murid daripada terkena hujan semasa tiba di kawasan sekolah dan memastikan keselamatan murid-murid dating dan balik sekolah.
Projek Mewujudkan Taman Sains &Herba.

Memberi peluang kepada murid-murid mengetahui tentang herba.
Mengadakan aktiviti Gotong-royong Perdana untuk menceriakan sekolah.

Mesyuarat bersetuju mengadakan gotong-royong sebanyak 2 kali setahun melibatkan ibu bapa dan guru.
Seminar /Ceramah/ Forum Pendidikan Keibubapaan

Ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang
Menaik taraf pentas sekolah di Dataran Perhimpunan.

Guru Besar telah mengajukan masalah ini kepada PPD dan menunggu maklumbalas.
Memasang railing curtain & dan langsir yang seragam untuk menceriakan sekolah

Mengelakkan murid daripada terkena pancaran matahari yang amat terik terutama pada waktu petang..
Kebaikan Permuafakan:
Permuafakatan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah. Keuntungan daripada program permuafakatan bukan hanya kepada pihak sekolah tetapi kepada pihak yang terlibat. Program yang dijalankan oleh mereka akan lebih efektif dan terancang. Bantuan yang diperolehi bukan hanya dalam bentuk keilmuan malah dari segi tenaga, kepakaran, kewangan, peralatan, kesukarelawan dan sebagainya. Permuafakatan juga dapat membantu dalam proses perkongsian matlamat dan hasrat.

Pihak pengurusan harus mempunyai perancangan secara teliti dan berdasarkan keilmuan dalam meningkatkan perkembangan segala sumber yang ada tanpa mengira  kekangan dan warga sekolah itu sendiri.

“PERMUAFAKATAN MEMBAWA BERKAT”
“PIBG CEMERLANG MURID TERBILANG”


Website BTPN Selangor

Website BTPN Selangor
Klik untuk ke laman BTPN Selangor

Follower (Twitter)

Perisian Terkini

Untuk convert Microsoft word kepada adobe acrobat format PDF boleh gunakannya melalui website ini http://www.doc2pdf.net/ tekan untuk terus ke link berikut.