SELAMAT DATANG

Foto saya
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI BUAYA, 48010, RAWANG SELANGOR
E-Mail Sekolah : skbsb_bba5026@yahoo.com.my
Tel. Sekolah : 03 - 60284358
Fax. Sekolah : 03 - 60284093

Notis



Rujukan Kami          : Bil (   ) Dlm.SKBSB 02/05/002
Tarikh                         : 28 Ogos  2012

Penolong Pengurus,
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad,
Cawangan Selayang,
Tingkat Bawah, Blok B,
KIP Coporate Tower,
Jalan Kuching,
68100  KUALA LUMPUR
(UP: Pn. Emylia binti Ismail)                                                       

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM MENABUNG DI KALANGAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI BUAYA

Dengan segala hormatnya,  perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa  pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya ingin menjemput pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk hadir ke sekolah pada ketetapan berikut:

Tarikh             :  04 September 2012 (Selasa)                                                                        Masa              :  10.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat           :  Pusat Sumber  SKBSB

3.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga ingin menjemput ”maskot” tuan untuk menjayakan program tersebut. Adalah diharapkan dengan kehadiran ”maskot” itu nanti akan dapat memotivasikan murid-murid dalam program  berjimat-cermat di kalangan murid.


4.         Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,







Rujukan Kami          : Bil (   ) Dlm.SKBSB 02/05/002
Tarikh                         : 16 Januari  2012

Penolong Pengurus,
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad,
Cawangan Selayang,
Tingkat Bawah, Blok B,
KIP Coporate Tower,
Jalan Kuching,
68100  KUALA LUMPUR
(UP: Pn. Emylia binti Ismail)                                                       

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM ”RINGGIT PERTAMA SAYA” DI KALANGAN MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI BUAYA

Dengan segala hormatnya,  perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa  pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya ingin menjemput pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk hadir ke sekolah pada ketetapan berikut:

Tarikh            :  26 Januari  2012 (Khamis)                                                                              Masa             :  10.30 pagi –  01.00 tengah hari
Tempat          :  Dataran Gemilang SKBSB

3.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga ingin menjemput ”maskot” tuan untuk menjayakan program tersebut. Adalah diharapkan dengan kehadiran ”maskot” itu nanti akan dapat memotivasikan murid-murid dalam program  berjimat-cermat di kalangan murid.

4.         Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



Program 'Ringgit Pertama Saya' dilancar untuk kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya. Ilmu menabung tidak datang dengan sendiri, sebaliknya amalan murni itu patut didedahkan bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan jelas matlamat berkenaan, lantas dipraktikkan seumur hidup.  Menyedari hal itu, Bank Rakyat dan Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, melancarkan Program ‘Ringgit Pertama Saya’. Program ini mendapat kerjasama yang baik di kalangan ibu bapa dan murid-murid sekolah yang membabitkan kira-kira 57 murid-murid Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya di  sini bertujuan memperkenalkan mereka mengenai pengurusan kewangan asas.
Ketua Program “Ringgit Pertama Saya”  Pn. Sa’adiah binti Haji Shuib berkata pengetahuan berhubung kewangan adalah aspek penting untuk pendidikan kanak-kanak dalam usia pembentukan diri mereka.

“Kebanyakan kanak-kanak diberi sejumlah wang oleh ibu bapa mereka ketika di sekolah rendah lagi iaitu sejak usia enam tahun. Pembelajaran cara menyimpan, berbelanja dan hal berkaitan dengan pengurusan kewangan dapat membantu mereka sebagai persiapan untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik apabila dewasa.

“Kami ingin membuka minda kanak-kanak, membantu mereka dari segi pendidikan dan amalan tabiat pengurusan kewangan yang baik dan sekali gus dapat membantu mereka mencapai matlamat kehidupan, pada masa depan,” katanya.

Bagi menjadikan program itu lebih menarik,  “maskot” NURI Bank Rakyat,  telah diundang bagi turut sama menjayakan program ini. Kehadiran “maskot” NURI ke Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya membuatkan murid-murid begitu teruja akan kehadirannya.  Mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama “maskot” kesayangan mereka.  Guru Besar SKBSB berkata pengguna muda nampaknya lebih mudah untuk membuat keputusan kewangan tidak sihat.

“Berdasarkan laporan dan aliran menunjukkan lebih ramai golongan muda yang diisytiharkan bankrap. Masalah berkaitan kewangan semakin dihadapi pekerja muda disebabkan beberapa faktor seperti mereka berasa teruja apabila memperoleh pendapatan sendiri. Oleh itu, murid-murid sekolah harus dididik untuk bijak menabung sejak usia muda lagi dan mempunyai kemahiran menguruskan wang secara berhemat,” katanya.

Disunting Oleh : En. Fadzil Rizwan B. Omar

Website BTPN Selangor

Website BTPN Selangor
Klik untuk ke laman BTPN Selangor

Follower (Twitter)

Perisian Terkini

Untuk convert Microsoft word kepada adobe acrobat format PDF boleh gunakannya melalui website ini http://www.doc2pdf.net/ tekan untuk terus ke link berikut.